getting-started menu file edit view settings files-and-stats toolbar routing poi scissors time merge extract elevation minify clean map-controls gpx faq
Tetapan
Unit jarak
Tukar unit yang digunakan untuk memaparkan jarak.
Unit kelajuan
Tukar unit yang digunakan untuk memaparkan kelajuan. Anda boleh memilih antara jarak/sejam atau minit/jarak (sesuai untuk aktiviti larian).
Unit suhu
Tukar unit yang digunakan untuk memaparkan suhu.
Bahasa
Tukar bahasa antara muka.
Tema
Tukar tema warna antara muka.
Sumber paparan jalan
Tukar sumber yang digunakan untuk kawalan paparan jalan. Lalai ialah Mapillary, tetapi anda juga boleh menggunakan Google Street View. Ketahui lebih lanjut tentang paparan jalan dalam seksyen kawalan peta.
Lapisan peta…
Buka dialog untuk mengaktif/nyahaktif lapisan peta, menambah lapisan tersuai, mengubah kelegapan overlay dan lain-lain. Maklumat lanjut tentang lapisan peta boleh didapati dalam seksyen kawalan peta.