Tindakan suntingan

Berbeza dengan tindakan fail, tindakan suntingan boleh mengubah kandungan fail yang dipilih. Apabila paparan pokok bagi senarai fail diaktifkan (lihat Fail dan statistik), tindakan ini juga boleh digunakan pada jejak, segmen dan titik kepentingan (POI) individu. Oleh itu, item yang boleh diubah oleh tindakan ini akan dirujuk sebagai item fail.

Buat asal & ulang

Dengan butang ini, anda boleh buat asal atau ulang tindakan terakhir anda. Ini terpakai pada semua tindakan suntingan, tidak termasuk pilihan paparan, tetapan aplikasi atau navigasi peta.

Maklumat…

Buka dialog maklumat bagi item terpilih untuk melihat dan menyunting nama serta penerangannya.

Rupa…

Buka dialog rupa untuk menukar warna, kelegapan dan kelebaran garis item terpilih pada peta.

Sembunyi/papar

Togol keterlihatan item terpilih pada peta.

Jejak baharu

Cipta jejak baharu dalam fail terpilih.

Segmen baharu

Cipta segmen baharu dalam jejak terpilih.

Pilih semua

Tambah semua item fail pada aras hierarki semasa ke dalam pilihan.

Pusatkan

Pusatkan peta pada item terpilih.

Salin

Salin item terpilih ke papan keratan.

Potong

Potong item terpilih ke papan keratan.

Tampal

Tampal item daripada papan keratan ke aras hierarki semasa jika serasi.

Padam

Padam item terpilih.